Skip to content

E-Masjid.My - Sistem Pengurusan Masjid

License

Notifications You must be signed in to change notification settings

fazreil/e-masjid.my

 
 

Repository files navigation

en

E-Masjid.My

E-Masjid.My

Sistem masjid untuk semua

E-Masjid.My ialah sebuah sistem pengurusan masjid percuma dan sumber terbuka (lesen MIT)



Falsafah

Matlamat-matlamat utama sistem ini ialah seperti berikut.

Mudah untuk digunakan

  • Bukan semua orang pakar IT. Mereka bentuk sebuah sistem untuk orang bukan IT memerlukan pertimbangan yang teliti.

Masa untuk menggunakan kemahiran IT untuk berbuat kebaikan

  • Sumber terbuka ialah suatu bentuk sedekah — sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Jangka hayat yang panjang

  • Syarikat pengehosan/teknologi mungkin mati tetapi kami berharap dengan menyerahkan projek ini secara sumber terbuka, projek ini dapat hidup lebih lama demi ummah.

Beri, bukan ambil

  • Kita sepatutnya menyumbang kepada komuniti Muslim, terutamanya masjid dan bukan mengambil manfaat daripada mereka.

Prasyarat

  1. Docker
  2. Java 17 (Spring Boot 3.2.0)
  3. Maven
  4. Node 20 (ReactJS 18 + CoreUI + Tailwind CSS)
  5. VSCode (Disyorkan)

Panduan permulaan pantas (Docker compose)

Klon repo ini

git clone https://github.com/Dev4w4n/e-masjid.my.git;
cd e-masjid.my

run-dev.sh (bagi Linux)

sh run-dev.sh

run-dev.sh (bagi Windows) - Gunakan terminal Git Bash di VSCode

sh run-dev.sh

Skrip ini akan membina semua API secara automatik dan melaksanakan arahan docker-compose yang akan menghidupkan 6 container untuk persekitaran pembangunan.

Apabila kesemua container telah hidup, anda boleh menghentikan mana-mana container yang tidak diperlukan dalam tugasan anda.

Gradle Build

Anda juga boleh menggunakan ./gradlew (atau gradlew.bat untuk windows) yg disediakan to memperinci/melaksanakan build. Perintah-perintah di bawah ini akan menunjukkan gradle tasks yang tersedia:

./gradlew task

./gradlew task --all

Gradle build utk setiap modul backend

Sepertimana yang anda dapat lihat pada output ./gradlew task --all, anda boleh melaksanakan build secara berasingan untuk setiap modul backend. Setiap modul backend ditulis dalam Spring boot, jadi anda boleh menggunakan plugin org.springframework.boot seperti berikut:

cd api

./gradlew api:tabung-api:bootRun  --args='--spring.profiles.active=local'

Anda juga boleh menjana fail Jar secara berasingan untuk digunakan pada docker-compose. Cara untuk menjana Jar adalah seperti berikut:

cd api

./gradlew api:tabung-api:bootJar

Panduan untuk menyumbang

Fork repo ini dan hantar Pull Request anda.

Kami mahu input anda! Kami ingin menjadikan penyumbangan kepada projek mudah dan telus, sama ada dengan:

  • Melaporkan pepijat
  • Menghantar pembetulan
  • Mencadangkan ciri baru
  • Menambah baik ciri
  • Dokumentasi
  • Ujian unit

Atau anda ingin berbual dengan kami, cari kami di Discord.

About

E-Masjid.My - Sistem Pengurusan Masjid

Resources

License

Code of conduct

Stars

Watchers

Forks

Releases

No releases published

Packages

No packages published

Languages

  • JavaScript 55.5%
  • SCSS 27.2%
  • Java 15.9%
  • Dockerfile 0.5%
  • HTML 0.5%
  • CSS 0.3%
  • Shell 0.1%