Statik merupakan projek yang dibangunkan oleh ahli PESIMA bagi memudahkan pengurusan fail statik HTML/CSS/JS/LESS secara lebih efisien, produktif dan mengurangkan tugas manual.
Dibangunkan bertujuan:
- Meningkatkan kecekapan dan prestasi front-end laman web/portal selaras dengan rancangan/dasar Kerajaan berkenaan Sumber Terbuka;
- Memberi pendedahan tentang pembangunan sistem menggunakan Node JS;
- Sebagai salah satu medium di antara PPTM dalam memberi sumbangan kepada sesuatu projek;
- Memberi pendedahan kepada ahli PESIMA memperlajari medium pembangunan projek dalam ICT seperti Git, Nodejs, dan Github.
Antara kebolehan projek Statik adalah menjalankan tugas secara automatik yang sebelum ini dilakukan secara manual seperti:
- Menguruskan aset statik (HTML/JS/CSS/LESS)
- Memproses fail LESS kepada CSS
- Memastikan kod JS (Javascript) tidak mengandungi ralat
- Menggabung, memproses dan memperkecilkan aset statik bagi mengurangkan jumlah panggilan aset daripada pelayan.
- Menyediakan versi kepada fail CSS dan JS.
- Mengasingkan persekitaran pembangunan dan juga produksi
- AKAN DATANG - Kebolehan memuat turun data melalui RSS dan memproses ke dalam bentuk HTML - TODO
Ringkasan mengenai Statik. Buat amsa ini, Statik tidak dimasukkan dalam NPM.
- Projek dibangun menggunakan Node.js.
- Sumber aset diletak dalam direktori
src
. - Tugasan Statik bergantung penuh kepada
grunt
- salah satu rangka kerja penting dalam Node.js. - Statik mengguna beberapa komponen
grunt
:grunt-contrib-clean
- Membersihkan fail dan folder.grunt-contrib-concat
- Menggabungkan fail yang berasingan.grunt-contrib-jshint
- Melakukan siri pemeriksaan kod JS.grunt-contrib-uglify
- Memproses dan memperkecilkan saiz CSSgrunt-contrib-watch
- Membolehkan tugasan dijalankan sekiranya berlaku perubahan pada fail.grunt-recess
- Memproses fail LESS dan menukarkan kepada format CSS yang lebih kemas dan mudah diurus.
- Konfigurasi utama Statik terletak pada fail
Gruntfile.js
dan tugasan individu boleh ditemui dalam direktoritasks
- Mesin (Windows/Linux) memerlukan beberapa perisian seperti Git, Nodejs
Panduan berikut adalah untuk pengguna Windows 7 64bit, bagi pengguna Linux mereka sudah pakar ;p
- Muat turun dan buat pemasangan Git for Windows
- Muat turun dan pemasangan Node.js dan npm. Buka tingkap arahan (Window Key + R) dan taipkan
cmd
. Semak versi Node dan npm bagi memastikan kedua-duanya telah dipasang:C:\Users\adi>node -v && npm -v
- Buka satu tingkap arahan Git Bash dan klon repo ini. Sekiranya protokol git tidak dibenarkan oleh firewall agensi, tukar format kepada https - atau muat turun Statik
$ git clone git://github.com/pesima/statik.git
- Kemudian taip
npm install
- npm akan memuat turun komponen yang diperlukan oleh Statik
- Buat satu folder
src
dan masukkan komponen pada folder tersebut (css/js/html) - Taipkan
grunt
Tidak kira ahli PESIMA atau tidak, anda semua dialu-alukan menyumbang kepada projek ini.
- Melaporkan isu (sila rujuk panduan membuat isu)
- Idea sama ada melibatkan projek ini atau projek baru.
- Menulis dan membuat penambahbaikan kepada dokumentasi
- Menulis atau membuat penstrukturan semula kod projek
- Melakukan penambahbaikan kepada isu yang dilapporkan